Ary Ginanjar Agustian adalah Presiden Direktor PT Arga Bangun Bangsa dan pengasah ESQ Leadership Center. Dilahirkan pada 24 Mac 1965, di Bandung Indonesia. Beliau mendapat pendidikan di Universiti Udayana, Bali dan Tafe College, Adelaide, Australia.
Ary Ginanjar pernah menjadi pengajar tetap di Politeknik Universiti Udayaha, Jimbaran, Bali selama lima tahun dan mendalami agama melalui metode kebebasan berfikir selama sepuluh tahun atas bimbingan KH Habib Adnan (Ketua Majlis Ulama Bali pada masa itu).
Nama Ary Ginanjar mula dikenali apabila dua buah buku karangannya iaitu ESQ Rahasia Membangun Kecerdasan Emosional & Spiritual Melalui 6 rukun Iman & 5 Rukun Islam (Mei 2001) dan ESQ Power menjadi “best seller” dan terjual melebihi 500 ribu naskah di seluruh Indonesia. Ary Ginanjar tidak berhenti hanya sebagai seorang penulis sebaliknya juga sebagai seorang pengamal sejati yang berkecimpung dalam keusahawanan dalam dunia perniagaan yang sangat kompetitif dan penuh cabaran.
Dia seorang yang cepat belajar dan mampu menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan di alam perniagaan. Kemampuannya dalam bidang pembangunan modal insan sangat terbukti di berbagai training. Dia bukanlah kelulusan pesantren atau pun seorang psikologi, namun 2 (dua) bidang itu dipelajarinya dengan sendirinya, dengan didukung semangat belajar yang tinggi dan sifat tawadhu terhadap ilmu pengetahuan.
Rigkasan Buku ESQ (Emosional & Spiritual Quotient) Rahsia Sukses Membangun Kecerdasan Emosi dan Spiritual secara ringkas buku ini merupakan suatu inisiatif penulis menggabungkan rasional duniawi dengan semangat ketuhanan, di mana kedua-duanya selama ini sering berada pada kedudukan berasingan. Sering terjadi di dunia barat malah di rantau ini (sejak kebelakangan ini) iaitu apabila kerohanian rapuh maka social, budaya dan ekonomipun rapuh.
Terkandung di dalamnya integrasi antara kecerdasan intelektual, kecerdasan emosional serta kecerdasan spiritual yang merupakan penjelmaaan seluruh aspek kehidupan. Gagasan ini mampu memberi dimensi baru khususnya di kalangan pengurusan serta pucuk pimpinan pada semua peringkat dalam masyarakat baik di kalangan para akademik, bisnis, ekonomi mahupun politik. Selama ini IQ, EQ dan SQ hanya berorientasi pada hubungan antara manusia,
antraposentris semata, sedangkan nilai transcendental hanya sekadar dari sudut falsafah se mata- mata. Karya ilmiah SQ oleh Danah Zohar dan Ian Marshall hanya membahas hubungan antara manusia, khususnya terbatas pada “god spot” pada otak manusia, tetapi tidak memiliki nilai transcendental, atau hubungan dengan yang maha pencipta. Namun pemikiran SQ dalam oleh Danah Zohar dijadikan penjelasan ilmiah yang membuktikan kebenaran Islam.
Ary melanjutkan karya ini dengan bergerak menegak menjangkau alam
ketuhanan dan langsung menampakkan keistimewaan kepada buku ini.
ESQ Model menggambarkan seluruh pemahaman dan fenomena di atas secara
komprehensif. Bermula dari titik fitrah , berlanjutan kepada pembangunan prinsip hidup yang membangun mentality, hingga “ketangguhan” social yang dirangkumkan secara berintegrasi.
Intipati penting dari buku buku Best Seller ini, adalah pendedahan yang berjaya dibawa oleh penulisnya pada perkaitan yang wujud dan sangat kuat antara dunia profesionalisme, keusahawanan dan pentadbiran moden, dalam hubungannya dengan intisari ajaran Islam, yaitu Ihsan, Rukun Iman dan Rukun Islam. Pemahaman dan pendalaman ketiga unsur inti inilah yang telah melahirkan sebuah pemikiran baru yang segar yang ia diberi nama oleh penulisnya sebagai (Emotional & Spiritual Quotient) atau Kecerdasan Emosi dan Spiritual.
ESQ adalah sebuah Icon, dan Ary Ginanjar telah mengenalkan paradigma baru dalam bidang modal insan yang mensinergikan science, sufisme, psikologi dan pentadbiran secara Qur’ani dalam satu kesatuan yang terintegrasi dan transendental.

Tidak ada komentar:
Posting Komentar